Sinopsis

Cerpen: Biohazard

“Kita tidak akan dapat lari daripada mereka. Ke mana sahaja kita pergi, di mana sahaja kita berada dan apa sahaja yang kita lakukan, mereka tetap akan ada bersama. Adakalanya mereka duduk bertenggek di lubang hidung tanpa dihidu, berpaut pada kelopak mata tanpa dilihat atau membisikkan sesuatu pada telinga tanpa kita sedari. Mereka turut ada di dalam udara yang kita hirup, dalam air yang diminum dan dalam makanan yang ditelan. Malah mereka sudah hidup di dalam tubuh badan semenjak kita dilahirkan ke dunia. Siapakah mereka dan apakah yang akan terjadi jika mereka merasuk tubuh dan mula bermaharajalela?”

 

(bīōˌhazərd)
sesuatu yang memberikan risiko kepada kesihatan manusia dan persekitarannya yang datang daripada sumber biologi terutamanya mikroorganisma.

Pernahkah anda terfikir apabila anda duduk seorang diri anda sebenarnya tidak keseorangan? Turut ada bersama selain daripada Tuhan, Malaikat dan mungkin Jin adalah berjuta-juta makhluk halus yang tidak mampu kita lihat dengan mata kasar. Mereka terapung di udara, melekat pada kulit dan ada di dalam setiap rongga badan kita.

Kebanyakan makhluk halus yang terdiri daripada bakteria, virus dan parasit ini menjadikan manusia sebagai rumah mereka. Tanpa kita, mereka tidak dapat hidup. Namun begitu, apabila mereka mula bermastautin di dalam badan kita, mereka mula membebaskan toksin dan merangsang sistem imun badan yang menjadi punca kita jatuh sakit.

Buku ini memuatkan kisah-kisah yang menceritakan bagaimana makhluk yang sangat halus ini mampu mengubah hidup seorang insan dan orang lain di sekelilingnya. Walaupun saiz mereka kecil dan kita tidak dapat melihat mereka, jangan sesekali kita pandang rendah akan kemampuan mereka. Bak kata Lady Galadriel dalam Lord of the Rings; “Even the smallest person can change the course of history.” 

 

poster beli buku

2 thoughts on “Sinopsis

  1. cubaan yg bagus. harap akan terbitkan lagi karya kreatif berunsur medical science!

    Like

Leave a reply to Enol (@enol_ma) Cancel reply